Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 516 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 77,940 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Beaufort. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 369 menjadikan jumlah kumulatif 72,694 orang. Seramai 3,738 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 578 orang di hospital, 2,240 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 920 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 70 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Daerah Lahad Datu berubah dari zon jingga ke zon merah
Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah (516) kes iaitu peningkatan (19) kes berbanding (497) kes semalam (22 Julai 2021).
Saringan Kontak Rapat (216) kes atau 41.9% penyumbang utama jumlah kes hari ini, diikuti Saringan Kluster sedia ada dengan (116) kes atau 22.5% dan Sarıngan Bergejala (90) kes atau 17.4%. Kluster Melamam di Sipitang menyumbang (49) kes iaitu kes tertinggi daripada kluster sedia ada. Saringan bersasar dari kawasan PKPD mencatatkan hanya (13) kes atau 2.5%.
Empat (4) kluster baru dilaporkan hari ini iaitu Kluster Bukit Mas (Kinabatangan), Kluster Jalan Stesen TV (Tawau), Kluster Jalan Utara 2 (Sandakan) dan Kluster Kampung Mananam (Tongod) merekod sebanyak (45) kes atau 8.7% dari jumlah kes hari ini.
Sejumlah 88.6% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu (215) kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak (242) kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.
Bilangan kes positif COVID-19 ini diperolehi melalui saringan berikut:
🔸 (216) kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat
🔸 (161) kes adalah daripada Saringan Kluster
🔸 (90) kes adalah daripada Saringan Bergejala
🔸 (13) kes adalah daripada Saringan Bersasar
🔸 (36) kes adalah daripada Saringan Lain-lain kes.
Terdapat empat (4) kluster baharu direkodkan hari ini.
☣️ i Kluster Kg Mananam - Tongod dikesan pada 19 Julai 2021 melalui saringan bergejala. Kes indeks merupakan lelaki, 49, pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag positif 34%) di Pejabat Kesihatan Daerah Tongod setelah mengalami gejala sakit kepala, sukar bernafas, hilang deria rasa, kurang selera makan dan demam. Saringan kontak mendapati 14 lagi kes positif dalam kalangan komuniti di sekitar kampung terbabit sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 20 kes termasuk lima (5) kes baharu. Setakat hari ini, siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan oleh pasukan siasatan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung yang berdekatan.
☣️ ii Kluster Jalan Stesen TV - Tawau melibatkan penularan jangkitan di sebuah ladang ternakan ayam di Mukim Sri Tanjung , daerah Tawau. Kes indeks adalah buruh kasar lelaki, bukan warganegara, 24, disahkan positif Covid-19 dengan (RTK-Ag positif 20%) hasil saringan bergejala. Saringan kontak rapat mendapati 48 kes positif termasuk keluarga, rakan sekerja serta jiran yang tinggal di kuarters pekerja. Daripada 124 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan 68 kes positif termasuk 19 kes baharu. Siasatan lanjut pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan dalam siasatan.
☣️ iii Kluster Bukit Mas - Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja di Mukim Sukau. Kes indeks merupakan lelaki, 32, kerani stor di Ladang Sawit Bukit Mas, Kinabatangan. Kes yang mula bergejala demam dan batuk sejak 15 Julai 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag gred 100%) pada 19 Julai 2021 di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut. Saringan kontak mendapati 10 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 11 kes. Setakat hari ini, aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang yang lain.
☣️ iv Kluster Jalan Utara Dua - Sandakan tercetus di wad lelaki sebuah hospital kerajaan di Sandakan dan dikategorikan sebagai kluster pusat rawatan. Kes indeks adalah lelaki, 74, yang menjalani ujian saringan Genexpert PCR selepas pemeriksaan oleh Pakar Perubatan ke atas X-ray dada, dikesan positif COVID-19. Saringan seterusnya mendapati 11 kes positif masing-masing dua (2) kes kakitangan dan sembilan (9) kes pesakit-pesakit melalui saringan Genexpert PCR, manakala satu (1) kes penjaga tahanan dan satu (1) lagi kes kontak serumah melalui ujian RTK-Ag. Turut menjalani ujian saringan Genexpert PCR ialah 28 pesakit di wad tersebut dan didapati negatif, sementara 18 health care workers yang menjalani ujian saringan PCR masih menunggu keputusan. Setakat 23 Julai 2021, kumulatif kes adalah 13 orang termasuk 11 kes baharu hari ini.