COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN PAKAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-173134) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes indeks bertugas secara sambilan iaitu di Jalan Pakat, Ijok, Kuala Selangor. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN FAIZAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171310) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja kilang di Jalan Faizal, Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 400 individu telah disaring, di mana 68 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN SATRIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Satria 2, JB Perdana Industrial Park, Skudai, Johor Bahru. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN DEWANI SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Dewani 1, Off Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Temenggong, Johor Bahru. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER INDAH RIANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching, Simunjan, Samarahan, dan Saratok di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179823) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang dihadiri oleh kes indeks. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Indah, Bandar Baru Samariang, Kuching. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN KEJORA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka serta daerah Bandar Baharu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke150857) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kejora 3, Taman Tanjung Minyak, Melaka Tengah. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 248 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER INDUSTRI PERAMU JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180236) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Jalan Pekan-Kuantan, Pekan. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER KAMPUNG KEMANSUR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154682) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Kemansur, Bentong. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER TAMAN MAHKOTA IMPIAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-198084) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja dan pelajar pusat asuhan yang terletak di Taman Mahkota Impian, Sungai Buton. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post