COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER INTEGRASI RAWANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Industri 3/6, Rawang Intergrated Industrial Park, Rawang. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

2. KLUSTER JALAN BADLI SHAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339697) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tengku Badli Shah 9/21, Seksyen 9, Shah Alam. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 244 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

3. KLUSTER JALAN MAJU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340202) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Maju, Sibu. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

4. KLUSTER JALAN KOTA KUBANG LABU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343992) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kota Kubang Labu, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

5. KLUSTER JALAN MEGA INDUSTRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega 1/8, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

6. KLUSTER KAMPUNG PALEKBANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345436) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Palekbang, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

7. KLUSTER TAMAN PERUDA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347803) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Peruda, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

8. KLUSTER KAMPUNG BELAOH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-350917) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Belaoh, Besut. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

9. KLUSTER PADANG HIJAU

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di pusat transit penerimaan yang terletak di Padang Hijau, Kluang. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

10. KLUSTER BELACON

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351333) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Belacon, Lahad Datu. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

Next Post Previous Post