COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 18 FEB 2022

/ harian

Updated Sat, 19 Feb 2022 11:44:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Februari 2022;

  • Kes sembuh: 11,744 kes (2,888,194 kes kumulatif, 92.0%)
  • Kes baharu : 26,701 (3,138,215 kes kumulatif);
  • Kes import : 132 kes [70 warganegara (53.0%); 62 bukan warganegara (47.0%)];
  • Kes tempatan : 26,569 kes [25,919 warganegara (97.6%); 650 bukan warganegara (2.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 216 kes (98 kes disahkan COVID-19; 118 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 141 kes (55 kes disahkan COVID-19; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,701 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 118 kes (0.44 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 26,583 kes (99.56 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes;

  • Kategori 1 : 6,103 kes (22.86%);
  • Kategori 2 : 20,480 kes (76.70%);
  • Kategori 3 : 77 kes (0.29%);
  • Kategori 4 : 19 kes (0.07%); dan
  • Kategori 5 : 22 kes (0.08%).

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster : 6,676 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,195 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 481 kluster.

Daripada 118 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 17 Februari 2022:

  • 22 kes (18.6%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 71 kes (60.2%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19;
  • 25 kes (21.2%) telah menerima dos penggalak;
  • 53 kes (44.9%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 49 kes (41.5%) mempunyai comorbid;
  • 4 kes (3.4%) adalah kes ibu mengandung; dan
  • 10 kes (8.5%) telah meninggal dunia, termasuk 2 (1.7%) kes brought-in-dead (BID).

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post