Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 29 JAN 2022
Updated Sun, 30 Jan 2022 22:10:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 3,767 kes (2,777,715 kes kumulatif, 97.1%)
- Kes baharu : 5,139 kes (2,861,069 kes kumulatif);
- Kes import : 226 kes [139 warganegara (61.5%); 87 bukan warganegara (38.5%)];
- Kes tempatan : 4,913 kes [4,714**** warganegara (95.9%); 199 bukan warganegara (4.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 119 kes (102 kes disahkan COVID-19; 17 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 69 kes (50 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,399 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,108 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 291 kluster.
Daripada 5,139 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 50 kes adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 5089 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W