EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (13/11/2020)
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
KLUSTER BONGGAYA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-28154) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti pada 27 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 45 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.
Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 243 individu telah disaring, di mana:
- 46 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
- 123 individu dikesan negatif; dan
- 74 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER JAMBATAN B
Kluster baharu ini melibatkan di daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20105) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat dan komuniti setempat telah mengesan sebanyak 52 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah COVID-19, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.
Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 201 individu telah disaring, di mana:
- 53 kes dikesan positif COVID-19 (18 kes baharu);
- 118 individu dikesan negatif; dan
- 30 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER ABELL
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42016) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana:
- 14 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
- 13 individu dikesan negatif; dan
- 43 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER BMU
Kluster baharu ini melibatkan daerah Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45077) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana:
- 10 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan
- 59 individu masih menunggu keputusan.