EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (18/10/2020)
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1) KLUSTER BAH LAYANGAN, WP LABUAN
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15654) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan. Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana:
- 13 kes dikesan positif COVID-19;
- 67 individu negatif; dan
- 62 individu masih menunggu keputusan.
2) KLUSTER ALMA, PULAU PINANG
Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana:
- Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
- 43 individu negatif; dan
- 133 individu masih menunggu keputusan.
3) KLUSTER AUTO, SELANGOR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sebanyak sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
4) KLUSTER PENJARA KEPAYAN, SABAH
Kluster baharu ini dikenal pasti di Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19628) yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 48 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana:
- 49 kes dikesan positif COVID-19;
- 121 individu negatif; dan
- Tiada individu menunggu keputusan.