Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 14 FEB 2022
Updated Tue, 15 Feb 2022 16:42:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 8,517 kes (2,860,954 kes kumulatif, 93.5%)
- Kes baharu : 21,315 (3,061,550 kes kumulatif);
- Kes import : 81 kes [47 warganegara (58.0%); 34 bukan warganegara (42.0%)];
- Kes tempatan : 21,234 kes [20,551 warganegara (96.8%); 683 bukan warganegara (3.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 199 kes (94 kes disahkan COVID-19; 105 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 115 kes (47 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
KLUSTER COVID-19
Jumlah kluster : 6,613 kluster;
Jumlah kluster baharu :17 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,178 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 435 kluster.
KATEGORI KES COVID-19
Daripada 21,315 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:
- 16 kes (18.4%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 54 kes (62.1%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
- 35 kes (40.2%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 28 (32.2%) kes mempunyai penyakit komorbid;
- 2 (2.3%) kes ibu mengandung dan;
- 8 (9.2%) kes telah meninggal dunia, di mana 2 (2.3%) adalah kes Brought in Dead (BID).
Dimaklumkan bahawa meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah, namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi lalu dimasukkan ke hospital. Sehingga 14 Februari 2022, kes baharu COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,217 kes. Daripada 1,217 kes ini:
- 400 kes (32.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 817 kes (67.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
- Sebanyak 13 kes telah dimasukkan ke ICU dan 1,005 kes telah ditempatkan di katil biasa. Pada yang sama,918 kes COVID-19 telah didiscaj daripada hospital.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W