Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 57 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 371,060 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 57 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 363,668 orang. Manakala 191 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 190 orang di hospital dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah empat (4) orang di ICU/repurposed kritikal care dan satu (1) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Seperti yang telah diramalkan lebih awal, jangkitan harian akan meningkat semasa / selepas sambutan perayaan Aidil Fitri dan Kaamatan. Hari ini jumlah jangkitan baharu meningkat daripada 39 kes kelmarin kepada 57 kes, pertambahan 18 kes.
b. Secara keseluruhan lebih banyak daerah mencatatkan pertambahan jangkitan baharu berbanding daerah-daerah yang mencatatkan penurunan walaupun dalam kadar yang marginal. Sebanyak 10 daerah ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu dan lima (5) daerah masingmasing mencatatkan satu (1) kes baharu sahaja.
c. Kota Kinabalu merupakan satu-satunya daerah yang mencatatkan kes baharu dua (2) angka dengan jumlah jangkitan baharu yang lebih tinggi sebanyak 18 kes (+7). Tuaran juga merekodkan pertambahan kes harian daripada dua (2) kes kelmarin kepada tujuh (7) kes hari ini, Penampang 4 kes (+2) dan Sandakan 4 kes (+4). Lahad Datu, Putatan, Ranau dan Tawau masing-masing mencatatkan tiga (3) kes baharu. Dua (2) kes baharu direkodkan di Beaufort, Kuala Penyu dan Papar.
d. Orang ramai diperingatkan agar sentiasa berhati hati dan mematuhi SOP semasa menyambut perayaan khususnya jika ia melibatkan penyertaan bilangan orang yang ramai. Peratusan jangkitan sporadik masih tinggi iaitu 63% daripada semua kes baharu yang dilaporkan hari ini. Risiko jangkitan tetap tinggi.
e. Seramai 54 orang daripada 57 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) orang dalam Kategori 4 dan seorang (1) dalam Kategori 5. Tidak ada kes baharu Kategori 3 dilaporkan.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 1,186 unit.
• Hospital 1,158 unit.
• Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 16.10%