Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 17 MAC 2022
Updated Thu, 17 Mar 2022 11:34:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 16 Mac 2022:
- Kes sembuh: 33,009 kes [3,567,003 kes kumulatif (91.5%)];
- Kes baharu: 28,298 kes (3,900,433 kes kumulatif);
- Kes import: 698 kes [653 warganegara (93.6%); 45 bukan warganegara (6.4%)];
- Kes tempatan: 27,600 kes [26,568 warganegara (96.3%); 1,032 bukan warganegara (3.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 374 kes (147 kes disahkan COVID-19; 227 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 233 kes (91 kes disahkan COVID-19; 142 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 28,298 kes harian yang dilaporkan pada 16 Mac 2022:
- Kategori 1: 11,936 kes (42.18%);
- Kategori 2: 16,148 kes (57.06%);
- Kategori 3: 100 kes (0.35%);
- Kategori 4: 55 kes (0.20%); dan
- Kategori 5: 59 kes (0.21%).
Daripada 214 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 Mac 2022:
- 56 kes (26.17%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 101 kes (47.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 57 kes (26.64%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 119 kes (55.61%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 82 kes (38.32%) mempunyai komorbid dan;
- 2 kes (0.93%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,893 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,547 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 346 kluster.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W