COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 13 JAN 2022

/ harian

Updated Fri, 14 Jan 2022 11:30:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 3,292 kes (2,726,891 kes kumulatif, 97.4%)
  • Kes baharu : 3,684 kes (2,798,917 kes kumulatif);
  • Kes import : 321 kes (233 warganegara; 88 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,363 kes [3,274 warganegara (97.4%); 89 bukan warganegara (2.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 192 kes (178 kes disahkan COVID-19; 14 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 91 kes (70 kes disahkan COVID-19; 21 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,192 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,014 kluster;
  • Jumlah kluster aktif : 178 kluster.

Daripada 3,684 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 34 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,650 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post