COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Nilai Rt atau R NAUGHT (R0) Serta Pematuhan SOP bagi Petugas Barisan Hadapan dan Orang Awam

/ r0, r-naught, sorotan, highlights

KKM ingin memaklumkan bahawa nilai Rt atau R naught (Ro) telah meningkat kepada 1.72 di Malaysia. Rt yang dicatat pada 2 minggu lepas hanya 0.72.

Peningkatan ketara ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak transmisi di dalam komuniti. Berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh KKM, terdapat juga peningkatan pergerakan masyarakat di dalam Malaysia.

Masyarakat kemungkinan kian alpa dan tidak mengendahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Nasihat-nasihat yang telah diberikan mulai diambil ringan, dan ini termasuklah juga oleh petugas barisan hadapan di kalangan petugas kesihatan dan juga lain-lain agensi.

Petugas barisan hadapan sememangnya mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti oleh penyakit COVID-19 atau lain-lain penyakit berjangkit ketika di fasiliti kesihatan. Ini tidak kiralah di fasiliti Kerajaan atau swasta. Selain itu, petugas kesihatan juga boleh mendapat jangkitan semasa berada di dalam komuniti, iaitu sama seperti individu yang lain di dalam masyarakat. Justeru, pematuhan seratus peratus terhadap garis panduan dan tatacara pengurusan semasa bertugas dan juga semasa tidak bertugas adalah amat penting.

Ketidakpatuhan akan mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19. Misalnya, hari ini terdapat seorang anggota kesihatan daripada Kluster Sungai yang didapati telah menjangkiti 7 orang ahli keluarganya. Mengambil iktibar daripada kejadian ini, KKM menggesa semua petugas

kesihatan, petugas barisan hadapan pelbagai agensi dan juga semua lapisan masyarakat untuk mengambil serius situasi COVID-19 di dalam negara. Ambillah langkah berjaga-jaga untuk menjaga diri kita dan keluarga kita pada setiap masa.

Next Post Previous Post