Situasi Terkini 27 September 2020
Klik Untuk Capaian Melalui FB Video
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()
Terkini COVID-19; 27 Sept 2020
- Jumlah discaj baru:50
- Jumlah kumulatif:9835 (90.07%)
- Jumlah kes baru;150
- Jumlah kumulatif:10919
- Jumlah kes aktif:950
- Kes tempatan:146(124WN, 22BWN))
- Kes import:4(3WN, 1BWN)
- Jumlah kematian:1
- Jumlah kumulatif:134 (1.23%)
- Kes di ICU:6
- intubated:4
Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 1 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 134 kes (1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
- Kes kematian ke-134 (iaitu kes ke-10491) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 81 tahun. Kes mula mengalami gejala demam dan batuk berkahak pada 14 September 2020 dan telah dibawa ke Hospital Semporna pada 17 September 2020. Saringan COVID-19 didapati positif pada 22 September 2020. Pada 26 September 2020 kes telah dipindahkan ke Hospital Tawau, Sabah. Keadaan kes didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Beliau disahkan meninggal dunia pada 27 September 2020 jam 12.52 pagi.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.