COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 05 APR 2022

/ harian

Updated Tue, 05 Apr 2022 10:52:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 4 April 2022:

  • Kes sembuh: 23,302 kes [4,041,723 kes kumulatif (95.0%)];
  • Kes baharu: 10,002 kes (4,256,469 kes kumulatif);
  • Kes import: 98 kes [94 warganegara (95.9%); 4 bukan warganegara (4.1%)];
  • Kes tempatan: 9,904 kes [9,588 warganegara (96.8%); 316 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 236 kes (103 kes disahkan COVID-19; 133 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 140 kes (55 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 10,002 kes harian yang dilaporkan pada 4 April 2022:

  • Kategori 1: 5,495 kes (54.94%);
  • Kategori 2: 4,418 kes (44.17%);
  • Kategori 3: 30 kes (0.30%);
  • Kategori 4: 33 kes (0.33%); dan
  • Kategori 5: 26 kes (0.26%).

Daripada 89 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 4 April 2022:

  • 31 kes (34.83%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 34 kes (38.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 24 kes (26.97%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 51 kes (57.30%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 60 kes (67.42%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,940 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:tiada;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,767 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 173 kluster.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

[plugin:youtube]()

-->

Next Post Previous Post