PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGISI PAS PENGEMBARA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA MEMASUKI NEGARA
KENYATAAN MEDIA KKM 01/07/2022 : PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGISI PAS PENGEMBARA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA MEMASUKI NEGARA
Berkuat kuasa Isnin, 4 Julai 2022, warganegara Malaysia pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Pas Pengembara (Traveller’s Pass) dalam aplikasi MySejahtera mereka.
Kelonggaran ini bagi memudahkan para warganegara kembali ke Malaysia, di samping keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.
Namun, ciri-ciri Pas Pengembara masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum memasuki negara ini.