SEMBILAN (9) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (13/04/2021)
Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN PUNCAK BORNEO
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Puncak Borneo, Kuching. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN RAJA LAUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356489) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Raja Laut, Lembah Pantai. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN HISHAMUDDIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361396) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, Lembah Pantai. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER LEBUH WAWASAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355751) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER TABANAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359696) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Kampung Tabanak, Lahad Datu. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER KAMPUNG GAYANG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352360) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 28 Mac 2021 di Kampung Gayang, Tuaran. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 548 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER TAMAN MALIM JAYA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362108) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Malim Jaya, Melaka. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER JALAN SALLEH
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Salleh, Muar. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER JALAN BUKIT BELIDA
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357128) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat keagamaan yang terletak di Jalan Bukit Belida 1, Seremban. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.