Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 23 DIS 2021
Updated Fri, 24 Dec 2021 19:10:00
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 4,998 kes (2,652,585 kes kumulatif, 97.1%);
- Kes baharu : 3,510 kes (2,731,713 kes kumulatif);
- Kes import : 95 kes (80 warganegara; 15 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,415 kes [3,255 warganegara (95.3%); 160 bukan warganegara (4.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 329 kes (255 kes disahkan COVID-19; 74 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 179 kes (121 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,094 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,863 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 231 kluster.
Daripada 3,510 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 59 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,451 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W