100 HARI PASCA PKP DIKUATKUASAKAN
Hari ini, 25 Jun 2020 adalah hari ke-100 sejak PKP dikuatkuasakan. PKP berlanjut sebyk 4 fasa, diikuti dgn PKP Bersyarat & PKP Pemulihan. Kita harus bersedia ke arah kehidupan normal dgn normal yg baru. Patuhilah SOP & bantulah Kerajaan dalam membantu kita semua.
Kejayaan meratakan lengkung graf kes COVID-19 & mengurangkan penularan kes dlm komuniti adalah hasil tindakan bersama semua pihak. Kini bagi memastikan negara pulih sepenuhnya kita perlu memainkan peranan yg lebih besar dgn mematuhi segala nasihat dan mematuhi SOP yg ditetapkan
Malaysia harus bersedia ke arah kehidupan normal dgn normal yang baharu. Patuhilah SOP dan bantulah Kerajaan dalam membantu kita semua. Kita perlu terus jaga kita, jaga keluarga kita, jaga komuniti dan masyarakat kita, dan jaga Negara kita.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
Sumber : Twitter@DGHisham
Kluster Kondominium Hulu Langat dan aktiviti kunjung mengunjung
Kes indeks kluster ini (kes ke-8368) merupakan seorang pelajar pusat tahfiz yang dikesan positif saringan COVID-19 pada 8 Jun 2020. Aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan dan dua (2) lagi kes positif dikesan di dalam kluster ini.
Kes pertama merupakan bukan warganegara (kes ke-5818) namun merupakan bapa saudara angkat kepada kes indeks. Beliau tinggal di kediaman yang lain, namun terdapat aktiviti kunjung-mengunjung di antara mereka. Salah seorang rakan sekerja kepada kes ke-5818 turut dikesan positif COVID-19 (iaitu kes ke-5894).
Sehingga 24 Jun 2020, seramai 40 kontak rapat telah dikenal pasti dan disaring. Daripada jumlah keseluruhan ini, 26 orang adalah bukan warganegara dan 14 orang adalah warganegara Malaysia. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
- 30 kes negatif COVID-19; dan
- Tujuh (7) orang masih menunggu keputusan;
KKM akan memaklumkan situasi semasa kluster-kluster COVID-19 di Malaysia dari semasa ke semasa.

Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling bukti komitmen penjawat awam
Kluster kes COVID-19 terbesar di Malaysia iaitu Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling (PSP) sehingga kini masih aktif dan satu-satunya kluster yang telah berjangkit sehingga ke generasi kelima.
Setakat 24 Jun 2020, seramai 42,015 telah diambil sampel dan 3,375 orang telah disahkan positif atau 8.03%. PSP ini telah menyebabkan 34 kematian daripada 121 kematian.
Daripada 3,375 yang telah dirawat, hanya sembilan pesakit yang masih di hospital.
Kluster ini lahir daripada Perhimpunan Jemaah tabligh yang dihadiri peserta dari pelbagai negara. Perhimpunan ini adalah acara tahunan dan dianjurkan sebelum kerajaan mengeluarkan arahan rasmi tidak membenarkan sebarang perhimpunan awam diadakan.
Sebaik kluster ini dikesan, kerajaan khususnya KKM menggunakan pelbagai saluran termasuk televisyen, radio dan sosial media untuk meminta bekas peserta perhimpunan datang ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan kesihatan.
Petugas kesihatan KKM bertungkus lumus membantu mengesan dan membuat saringan kesihatan. Kerjasama yang diberikan amat baik sehinggalah lahir istilah ‘kluster kayangan’ sebagai perbandingan dengan sesetengah individu lain yang tidak memberi kerjasama seperti mana yang diberikan bekas peserta perhimpunan tabligh itu.
Namun, ada segelintir juga yang enggan membuat saringan sehingga meninggal dunia dan lahir kluster baharu hasil aktiviti ziarah ketika individu itu sakit. Ada juga yang terpaksa diiringi polis dan menyembunyikan diri kerana tidak mendapat maklumat yang betul.
Dari kluster ini lahir beberapa kluster lain atau subkluster seperti beberapa kluster madrasah, kluster Rembau, Sendayan, majlis perkahwinan dan sebahagian besar kluster ini telahpun tamat.
PSP juga telah menimbulkan stigma dalam kalangan masyarakat namun ia tidak berlarutan kerana rakyat Malaysia faham bahawa ‘tiada siapapun mahu dijangkiti COVID-19’.
Dari kluster ini, KKM membuat saringan terhadap pekerja asing termasuk pelarian Rohingya kerana ada antara mereka turut sertai perhimpunan itu.
Sehingga hari ini, siasatan belum menemukan punca sebenar kluster ini kerana terlalu banyak kemungkinan.
Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling membuktikan komitmen jitu pejawat awam yang bertugas di barisan hadapan – petugas kesihatan dan pasukan beruniform – dalam menyelamatkan negara. Kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri yang baharu dilantik ketika itu, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kepada kakitangan awam telah digalas dengan penuh tanggungjawab demi negara tercinta, Malaysia.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
Tiada satu pun kluster masih aktif yang merekodkan kes baharu hari ini.






KLUSTER TAMAT
Terdapat 1 lagi kluster yang diisytiharkan tamat iaitu Kluster Pasar Chow Kit. Kluster ini melaporkan 90 jumlah kes covid dan tidak mencatatkan sebarang kes kematian. Secara keseluruhan terdapat 45 kluster diisytiharkan tutup termasuk kluster ini.

RUMUSAN KLUSTER
Rumusan Kes Kluster Covid-19: Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling
Tiada kes baru dilaporkan. Kes yang masih aktif kekal 9 kes sahaja.