COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 26 APR 2022

/ harian

Updated Tue, 26 Apr 2022 15:29:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 25 April 2022:

  • Kes sembuh: 9,215 kes [4,330,037 kes kumulatif (97.7%)];
  • Kes baharu: 2,478 kes (4,433,551 kes kumulatif);
  • Kes import: 7 kes [6 warganegara (85.7%); 1 bukan warganegara (14.3%)];
  • Kes tempatan: 2,471 kes [2,356 warganegara (95.3%); 115 bukan warganegara (4.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 98 kes (54 kes disahkan COVID-19; 44 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 63 kes (36 kes disahkan COVID-19; 27 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 2,478 kes harian yang dilaporkan pada 25 April 2022:

  • Kategori 1: 928 kes (37.45%);
  • Kategori 2: 1,518 kes (61.26%);
  • Kategori 3: 16 kes (0.65%);
  • Kategori 4: 11 kes (0.44%); dan
  • Kategori 5: 5 kes (0.20%).

Daripada 32 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 25 April 2022:

  • 16 kes (50.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 10 kes (31.25%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 6 kes (18.75%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 18 kes (56.25%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 19 kes (59.38%) mempunyai komorbid.

LIHAT LAPORAN PENUH HARIAN : Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM

[plugin:youtube]()

[plugin:youtube]()

[plugin:youtube]()

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post