EMPAT BELAS (14) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (01/02/2021)
Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN LAGOON
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Lagoon Selatan, Petaling. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 880 individu telah disaring, di mana 76 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER INDUSTRI PUCHONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Petaling. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER SUNGAI PURUN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-215135) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan dan penghuni sebuah pusat jagaan di Kampung Sungai Purun, Semenyih, Hulu Langat. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER KAMPUNG PARIT MASJID
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Kampung Parit Masjid, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER TAPAK BINA JALAN PUCHONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Puchong, Lembah Pantai. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 553 individu telah disaring, di mana 332 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN EMPAT
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-217015) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan di sebuah pusat perubatan di Wangsa Maju, Titiwangsa. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN TAN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Taman Tan Yew Lai, Lembah Pantai. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER LADANG SUNGAI PIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Sungai Pin, Kinabatangan. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana kesemuanya telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER KAMPUNG SAMIN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sipitang, Kota Belud, dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-195932) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini mempunyai sejarah menghadiri satu majlis di Kampung Samin, Sipitang. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER PADAS DAMIT
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beaufort di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-185120) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini mempunyai sejarah menghadiri satu majlis di Kampung Shahbandar, Padas Damit, Beaufort. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER PERSIARAN RAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203213) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kampung Acheh, Manjung. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Persiaran Venice Raya, Seri Manjung. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER LAPANGAN SIBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171806) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Laluan Lapangan Siber, Ipoh, Kinta. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
13. KLUSTER BINTANG DAILY
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-190131) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster diambil berdasarkan lokaliti tempat kerja dan kediaman kes indeks iaitu di Taman Bintang, Bintangor, Meradong. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
14. KLUSTER NILAM TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132931) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Jalan Nilam 3, Bandar Utama Nilai, Seremban. Sehingga 1 Februari 2021, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana 63 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.