STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 25/02/2022
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 25 FEBRUARI 2022
Pemantauan di peringkat global dan Malaysia melaporkan bahawa kesan Kesan Advers yang dipantau secara dekat atau Adverse Events of Special Interest (AESI) boleh berlaku susulan pengambilan vaksin namun dengan kadar kekerapan yang rendah.
Dikongsikan kadar pelaporan AESI ini di Malaysia berbanding dengan AESI yang dilaporkan di peringkat global.
Penerima vaksin dinasihatkan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan mereka. Segera merujuk ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang kesan advers yang serius atau kesan yang berpanjangan. Ini bagi membolehkan rawatan segera diberikan dan kesan yang dialami dapat dirawat, selain penyiasatan lanjut dapat dijalankan dengan teliti dan lengkap.