SEMBILAN BELAS (19) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (16/02/2021)
Perincian 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER RAWANG BESTARI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Rawang Integrated Industrial Park, Gombak. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 594 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN LAZUARDI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Lazuardi, Shah Alam. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN INDUSTRI DUA BELAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 12, Kampung Baru Sungai Buloh. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3/4, Rawang Integrated Industrial Park, Gombak. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER INDUSTRI CYBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai 4, Kulai. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 315 individu telah disaring, di mana 161 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN PELEPAS EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Pelepas 4/6, Johor Bahru. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 87 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER WAWASAN KULAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Wawasan, Kulai. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 220 individu telah disaring, di mana 68 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER PACKAGE PENGERANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221828) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Pengerang, Kota tinggi. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER TAPAK BINA JALAN SEGAMBUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Segambut, Kepong. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 483 individu telah disaring, di mana 173 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER UNIVISTA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261634) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Univista, Samarahan. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 184 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER GELONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kapit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264023) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Sri Gelong, Jalan Selirik, Kapit. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER JALAN GERONGGANG
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254747) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan komuniti. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Geronggang, Sibu. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
13. KLUSTER KAMPUNG SUNGAI MAONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261632) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Sungai Maong, Kuching. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
14. KLUSTER KIDURONG DUA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254739) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala yang bekerja di Kidurong Dua, Bintulu. Kluster ini melibatkan ahli keluarga dan kontak rapat kes indeks. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
15. KLUSTER JALAN APAS EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-201599) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan dua buah kilang yang terletak di Tawau. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Apas 4. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 390 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
16. KLUSTER SIMPANG TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud, Kota Marudu, dan Pitas di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-240454) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Simpang Tiga, Kudat. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
17. KLUSTER JALAN KAYU MANIS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-226338) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak berdekatan dengan Jalan Kayu Manis, Seri Manjung. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
18. KLUSTER JALAN DAY
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251281) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Day (nama lama bagi Jalan Sultanah), Alor Setar. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
19. KLUSTER JENGKA TUJUH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Maran dan Jerantut di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-238642) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan dua pusat pengajian di Maran. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jengka 7, Maran. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.