COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN TROMPET

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang terletak di Jalan Trompet, Taman Alam Indah, Shah Alam. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 74 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER KAMPUNG HALA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-200416) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 26 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti institusi awam bagi kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Hala Cara Baru, Sungai Besar, Sabak Bernam. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN SUASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Suasa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 214 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN RIANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Riang, Taman Perindustrian Gembira, Johor Bahru. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER BINTANG UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-174631) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 28 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Lapangan Terbang, Taman Bintang Utama, Senai. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 141 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN LOMBONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171299) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 10 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kawasan Perindustrian Kota Tinggi, Batu 2, Jalan Lombong, Kota Tinggi. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER BUKIT BATU GRISEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Grisek. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER BAYU TAMPOI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106443) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 13 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Bayu, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER LINGKARAN MALURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang terletak di Lingkaran SV, Maluri, Cheras. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER DESA TUN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Desa Tun Razak, Cheras. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 211 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER JALAN LABUK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan kemasukan ke asrama sebuah sekolah yang terletak di Kilometer 18, Jalan Labuk, Sandakan. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER LASAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-175193) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis perkahwinan yang dihadiri oleh kes-kes dalam kluster ini iaitu di Felda Lasah, Sungai Siput, Kuala Kangsar. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER TERSAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Marang di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini iaitu (kes ke-165341) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Januari 2021 hasil saringan saringan individu yang merentas negeri dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Melati, Felda Tersat, Hulu Terengganu. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 391 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

14. KLUSTER TANAH PUTIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180265) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang terletak di Jalan Tanah Putih, Kuantan. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 221 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

15. KLUSTER JALAN KETENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Maran di Pahang; daerah Seremban di Negeri Sembilan serta daerah Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154229) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 13 lagi individu dikesan positif COVID-19. Sehingga 30 Januari 2021, 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

16 KLUSTER TAMAN AMALINA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Raub di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-186735) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Amalina, Jalan Lipis, Raub. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post