COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER INDUSTRI SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Batu Tiga Lama, Taman Perindustrian Subang Utama, Shah Alam. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 47 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER LAGENDA SURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerjapekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Lagenda Suria 3, off Jalan Hulu Langat, Cheras. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN BUKIT TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerjapekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JASMINE EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerjapekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jasmine 4, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN DAMANSARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pusat beli belah yang terletak di Jalan Damansara, Petaling Jaya. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TAPAK BINA QUEENS WATERFRONT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 709 individu telah disaring, di mana 145 kes dikesan positif COVID19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN DISTRIPARK B6

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/6, Zon Perindustrian Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER BATU 21

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 21, Jalan Pontian, Kulai. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER PERSIARAN KEMPAS BARU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke284695) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER JALAN KABEL GEMILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER JALAN MAJU SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Maju 1, Taman Perindustrian Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER JALAN LIMAU MANIS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kluang dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-306689) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Jalan Limau Manis, Kluang pada 17 Februari 2021. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER JALAN KEBUN NENAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kebun Nenas, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 326 individu telah disaring, di mana 94 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

14. KLUSTER TAPAK BINA NILAM SARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerjapekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Taman Nilam Sari, Temiang, Seremban. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post