Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,002 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 85,723 kes. Tujuh (7) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Penampang manakala Beluran, Papar, Semporna, Kinabatangan dan Kota Kinabalu masing-masing satu (1) kes. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 578 menjadikan jumlah kumulatif 77,513 orang. Seramai 4,263 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 862 orang di hospital, 3,361 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 39 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 100 orang dan 28 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Tiada pertambahan zon merah dicatatkan
Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah (1,002) kes iaitu penurunan sebanyak (33) kes berbanding (1,035) kes yang dicatatkan semalam (31 Julai 2021).
Kita melangkah ke bulan baharu Ogos dengan jumlah kes yg masih dalam empat digit iaitu (1002) kes.
Daerah Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mencatatkan (171) kes baharu dalam masa 24 jam yang lalu. Ini diikuti oleh daerah Penampang dengan (100) kes, Sipitang (90) kes, Sandakan (75) kes, Tuaran (73) kes, Keningau (47) kes, Telupid (40) kes, Ranau (34) kes, Papar (30) kes, Beaufort (28) kes dan Kinabatangan (22) kes. Semua daerah mencatatkan kes baharu.
Terdapat dua (2) kluster baharu hari ini, Kluster Tembidong Bidong di Telupid/ Beluran 88 kes (Kluster Komuniti) dan Kluster Jalan Patikang Ulu di Keningau 17 kes (Kluster Tempat Kerja).
Kontak Rapat terus menyumbang jumlah teramai, (591) kes yakni hampir 59%. Di Daerah Kota Kinabalu hampir 63% kes baharu datang daripada kontak rapat, 70% di Tawau, 67% di Penampang dan 62% di Sipitang. Data ini menunjukkan ruang atau kawasan penyebaran jangkitan virus COVID-19 semakin meluas dalam komuniti. Andaian ini diperkukuhkan lagi dengan jumlah peratusan yang tinggi, 18.36% (184) kes dikalangan kategori ‘bergejala’. Jangkitan kategori ini merupakan kes sporadik, punca jangkitan tidak diketahui. Kes yg melibatkan kluster pula sekadar 13.27% (133) kes dan Saringan Bersasar 5.49% (55) kes daripada jumlah keseluruhan.
Atas fakta-fakta diatas yang diperolehi daripada analisis data-data lapangan, KKM amat menganjurkan pematuhan secara total semua SOP bagi menghindar diri kita dijangkiti virus COVID-19 ini. Disiplin diri adalah komponen penjagaan kesihatan diri yang amat penting selain daripada keperluan mendapatkan vaksinasi yang lengkap.
Setiap hari kita berusaha meningkatkan kapasiti JKNS memberi vaksin kepada orang ramai. Kelmarin JKNS memberi (administer) 43,792 dos vaksin. Kita akan pertingkatkan lagi keupayaan ini sehingga melepasi 50,000 dos sehari. Kapasiti imunisasi yang maksimum serta bekalan vaksin yang tidak terputus akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat
Sejumlah72.45%daripadakes-keshariiniadalahdalamKategori1danKategori 2. Kategori 1, iaitu (285) kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak (441) kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.
Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID- 19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (591) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.
☣️ i Kluster Tembidong Bidong - Telupid, Beluran merupakan penularan jangkitan dalam komuniti yang disyaki berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung dalam kalangan jiran tetangga semasa sambutan Aidiladha. Kes indeks adalah wanita, 55, disahkan positif COVID-19 melalui PCR Genexpert di Hospital Duchess of Kent, Sandakan pada 19 Julai 2021, selepas dirujuk oleh Klinik Kesihatan Nangoh kerana bergejala batuk dan sesak nafas sejak 17 Julai 2021. Turut dikesan positif ialah suami kes indeks menerusi ujian RTK-Ag pada hari yang sama, diikuti 18 kes hasil saringan (PCR) kontak rapat pada 21 Julai 2021. Setakat hari ini, daripada 292 individu yang disaring, kluster ini merekodkan 88 kes positif COVID-19 merangkumi 78 kes termasuk 31 kes baharu di Telupid dan 10 kes termasuk empat (4) kes baharu di Beluran. Siasatan dan kawalan masih lagi diteruskan.
☣️ ii Kluster Jalan Patikang Ulu - Keningau dikategorikan sebagai kluster tempat kerja. Kes indeks merupakan lelaki, 19, kerani di sebuah syarikat bengkel dan servis jentera berat. Pada 29 Julai 2021, kes indeks yang menjalani saringan bergejala di klinik swasta didapati positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Antigen. Pada hari yang sama, klinik yang sama menerima satu (1) lagi RTK-Antigen positif yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks.Saringan kontak rapat di lapangan yang dilakukan oleh pasukan Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau serta klinik swasta kemudiannya mengesan 12 RTK-Antigen positif pada 30 Julai 2021. Setakat hari ini, kluster ini menokok tiga (3) kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 17 kes melibatkan Mukim Patikang dan Lingkudau di daerah Keningau. Penambahan bilangan kes disyaki berpunca daripada pergaulan di antara penghuni rumah sewa yang padat di Jalan Patikang Ulu