EMPAT (4) KLUSTER BAHARU
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di:
- Selangor (1 kluster);
- Sabah (1 kluster);
- Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kluster); dan
- Kedah (1 kluster).
KLUSTER JALAN MERU, SELANGOR
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Klang, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11148) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun. Kes mula bergejala sejak 24 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 29 September 2020 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Jalan Meru dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Semua kontak rapat sedang dikenal pasti dan saringan sedang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat.
KLUSTER JOO HWA, SABAH
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10273) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 14 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 20 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat (4) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Joo Hwa dikenal pasti. Kes positif dalam kluster ini melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.
Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Lima (5) dikesan positif COVID-19;
- 11 individu dikesan negatif; dan
- 110 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.
KLUSTER SELASIH, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11134) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kota Kinabalu, Melangkap dan Kundasang, Sabah pada 13 hingga 20 September 2020 dan 24 hingga 27 September 2020. Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 25 September 2020. Kes tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 27 September 2020 dan saringan COVID-19 dikesan positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Selasih dikenal pasti. Enam (6) kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 28 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
- Lapan (8) dikesan negatif; dan
- 13 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.
KLUSTER BAH KETIL, KEDAH
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Baling dan Langkawi, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11129) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau, Sabah pada 17 hingga 21 September 2020. Kes bergejala batuk dan sakit otot bermula pada 24 September 2020 dan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah. Saringan COVID-19 kes indeks dikesan positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan lapan (8) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Ketil dikenal pasti. Kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Langkawi, Kedah untuk rawatan.
Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 252 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.