Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 17 DIS 2021
Updated Sat, 18 Dec 2021 11:17:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,098 kes (2,625,245 kes kumulatif, 96.8%);
- Kes baharu : 4,362 kes (2,711,764 kes kumulatif);
- Kes import : 28 kes (13 warganegara; 15 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,334 kes [4,099 warganegara (94.6%); 235 bukan warganegara (5.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 400 kes (315 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 198 kes (143 kes disahkan COVID-19; 55 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,074 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,817 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 257 kluster.
Daripada 4,362 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 89 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,273 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W