Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 22 NOV 2021
Updated Tue, 23 Nov 2021 11:08:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,628 kes (2,493,437 kes kumulatif, 96.2%);
- Kes baharu : 4,885 kes (2,591,486 kes kumulatif);
- Kes import : 18 kes (15 warganegara; 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,867 kes [4,732 warganegara (97.2%); 135 bukan warganegara (2.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 549 kes (437 kes disahkan COVID-19 ; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 274 kes (184 kes disahkan COVID-19 ; 90 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,888 kluster;
- Jumlah kluster baharu :7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,655 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 233 kluster.
Daripada 4,885 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 91 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,794 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W