Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 10 DIS 2021
Updated Sat, 11 Dec 2021 14:51:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :4,997 kes (2,591,819 kes kumulatif, 96.6%);
- Kes baharu : 5,058 kes (2,683,523 kes kumulatif);
- Kes import : 17 kes (11 warganegara; 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 5,041 kes [4,776 warganegara (94.7%); 265 bukan warganegara (5.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 393 kes (353 kes disahkan COVID-19 ; 40 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 212 kes (151 kes disahkan COVID-19 ; 61 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,029 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,779 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 250 kluster.
Daripada 5,058 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 80 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,978 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W