COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN SUNGAI CHANDONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Perdana Industrial Park, Port Klang, Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Jalan Sungai Chandong, Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER PUTRA TUJUH

Kluster kumpulan berisiko ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-172697) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan pra prosedur. Kluster ini melibatkan pesakit dan petugas perubatan di Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN PERWIRA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama kes-kes iaitu di Jalan Perwira, Taman Century, Johor Bahru, Johor. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN SKUDAI

Kluster kumpulan berisiko ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-174344) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan sebelum kemasukan ke wad. Kluster ini melibatkan pesakit dan pekerja di sebuah pusat hemodialisis yang terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 251 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN INDAH GEMILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Jalan Indah Gemilang, Taman Perindustrian Gemilang, Johor Bahru. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TEMBOK RENGGAM

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-157495) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan pra rawatan. Kluster ini melibatkan tahanan dan kakitangan Penjara Simpang Renggam yang terletak di Jalan Renggam, Kluang, Johor. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER SELASIH PERINDU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132555) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di beberapa buah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Senai Jaya. Nama kluster merujuk kepada gabungan nama lokaliti rumah kongsi kes-kes tersebut yang terletak di Taman Selasih dan Taman Perindu. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 365 individu telah disaring, di mana 106 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER LADANG DESA JEROCCO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-142792 dan kes ke-145926) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja ladang dan kilang kelapa sawit yang terletak di Desa Jerocco, Kinabatangan. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER SERKAM TENGAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Jasin, Alor Gajah, dan Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144392) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI)telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu Kampung Serkam Tengah, Melaka. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER KAMPUNG PAYA SIPUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-158116) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, Pahang. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER TANJUNG LUMPUR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-161263) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER JALAN KINABENUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-172444) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Kinabenua, Sungai Keling, Wilayah Persekutuan Labuan. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post