Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 18 DIS 2021
Updated Sun, 19 Dec 2021 14:16:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,435 kes (2,630,680 kes kumulatif, 96.9%);
- Kes baharu : 4,083 kes (2,715,847 kes kumulatif);
- Kes import : 34 kes (27 warganegara; 7 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,049 kes [3,714 warganegara (91.7%); 335 bukan warganegara (8.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 391 kes (314 kes disahkan COVID-19; 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 215 kes (145 kes disahkan COVID-19; 70 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,077 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,825 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 252 kluster.
Daripada 4,083 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; - 69 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,014 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W