Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 17 JAN 2022
Updated Tue, 18 Jan 2022 13:15:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes baharu : 2,342 kes (2,810,689 kes kumulatif);
- Kes import : 180 kes (114 warganegara; 66 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,162 kes [2,105 warganegara (97.4%); 57 bukan warganegara (2.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 184 kes (132 kes disahkan COVID-19; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 87 kes (52 kes disahkan COVID-19; 35 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,218 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,041 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 177 kluster.
Daripada 2,342 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 34 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 2,308 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W