EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (24/03/2021)
Perincian empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN WAWASAN DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332244) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 2, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER INDUSTRI PERMATA DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja di tiga (3) buah kilang yang terletak di Jalan Permata 2, Arab Malaysian Industrial Estate, Nilai, Seremban. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 334 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN ALAM
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322901) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Sultan Alam Shah, Banting, Kuala Langat. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER CHUPAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317619) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Kampung Chupak, Siburan, Serian. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.