COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN : KERATAN AKHBAR 27 MEI 2020

KesNegeri

Daripada 15 kes baru yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan (9) kes penularan tempatan pula, empat (4) kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat (4) kes sahaja.

Ringkasan Kes COVID-19 pada 27 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 15

Perincian kes baharu:-

--> 6 kes import (0 BWN, 6 WN)

--> 9 kes penularan tempatan ( 4 BWN, 5 WN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,619

Jumlah kes aktif: 1,421

Kes sembuh: 42

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,083

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 8 (Seramai 4 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

  • Jumlah keseluruhan kematian: 115
  • Jumlah kes SEMBUH: 6,083 kes (79.83%)(42 kes baharu)
  • Jumlah kes POSITIF: 7,619 kes (15 kes baharu)
  • Jumlah KEMATIAN : kes kematian kekal 115 kes (1.51%)
  • Jumlah kes di ICU: 8 kes (4 kes memerlukan bantuan alat pernafasan)

Pecahan 15 kes baharu #COVID19 iaitu 9 jangkitan tempatan dan 6 kes import.

Daripada 9 kes tempatan, 5 kes adalah warganegara iaitu 1 kes di KL, 1 kes di Sabah dan 3 kes di Sarawak, selebihnya 4 kes adalah bukan warganegara.


Dashboard

Purple



LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA

LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA POSITIF COVID-19, 27 Mei

Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, 6 adalah berkaitan dengan kes import.


LAPORAN KLUSTER

Kluster Aktif

Terdapat 3 kluster yang melaporkan kes baharu positif Covid-19 iaitu:

  • Tapak Pembinaan Setia Alam (2)
  • Pudu (1)
  • DTI Bukit Jalil (1)


Kluster Tamat

Terdapat tiga (3) lagi kluster iaitu Plaza Menara City One, Flat PKNS dan Petugas Kesihatan Sabah yang telah diisytiharkan tamat oleh pihak KKM. CPRC Kebangsaan KKM telah mengesahkan kesemua kluster lain yang turut disytiharkan tutup iaitu sebanyak 24 tempat.


Rumusan Kluster

Rumusan Kes Kluster Covid-19: Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling


LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Depoh Tahanan Imigresen, 27 Mei


LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

Kapasiti Harian 45 Makmal Awam dan Swasta Covid-19
Sehingga 26 Mei, jumlah kapasiti maksima adalah 27,667 dan ujian yang dijalankan semalam adalah sebanyak 21,437 sampel (bersamaan 77% daripada kapasiti maksima)


PERINGATAN KHAS

MASYARAKAT HARUS WASPADA TERHADAP PENURUNAN KES TEMPATAN COVID-19

Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5,559,130 kes COVID-19 telah dicatatkan di seluruh dunia sehingga 26 Mei 2020. Daripada jumlah ini sebanyak 348,610 kes kematian telah dilaporkan setakat ini.

Pandemik ini dilihat semakin serius dan masih jauh dari berakhir. Setakat ini, negara Malaysia telah menyumbang kepada 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dari seluruh dunia.

Setelah peningkatan jumlah kes COVID-19 yang dilihat beberapa hari lalu di Malaysia, hari ini didapati kes baharu telah berkurang kembali kepada dua angka. Daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu 15 kes, sebanyak lima (5) kes adalah penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia.
Peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesananan kes-kes COVID-19 di beberapa Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia. Ini berikutan susulan tindakan pendekatan tertumpu (targeted approach) Kerajaan dalam membendung penularan kes COVID-19.

Penurunan kes COVID-19 penularan tempatan ini adalah selaras dengan unjuran sebelum ini oleh KKM, dan merupakan hasil tindakan-tindakan kesihatan awam yang telah dilaksanakan sejak satu bulan lepas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Penurunan ini turut dibantu dengan pematuhan orang ramai terhadap norma dan kelaziman baharu, serta Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan bagi pelbagai sektor dan industri.
Namun begitu, KKM khuatir mungkin akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan di kalangan masyarakat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Daripada maklumat yang diperolehi semasa Sidang Akhbar YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), didapati sebanyak 2,449,556 kenderaan telah diperiksa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 16 Mei 2020 sehingga kini. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 18,303 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan telah diarah berpatah balik oleh PDRM. Syabas diucapkan kepada pihak PDRM atas usaha ini.

Sewajarnya, ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk melakukan segala usaha yang diperlukan dalam menangani dan membendung penularan jangkitan COVID-19 di negara kita. Sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar kepada SOP yang ditetapkan, KKM menjangkakan akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang mendadak yang seterusnya boleh mengakibatkan gelombang yang baharu bagi wabak COVID-19 di Negara kita.

Oleh itu, masyarakat harus berwaspada dan tidak mengambil mudah situasi penurunan kes ini. Seperti yang KKM maklumkan sebelum ini, peperangan menghadapi virus COVID-19 ini masih belum tamat.

  • Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia
  • YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
  • Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
  • 27 Mei 2020

DUNIA

Lebih 5.5 juta kes #COVID19 di seluruh dunia menyebabkan hampir 350,000 kematian.

Lebih 30% kes berlaku di AS, Brazil dan Rusia pula catat lebih 350,000 kes.

Daripada 10 negara teratas, Perancis- kadar kematian tertinggi (15.6%)

UK - kadar sembuh terendah (0.43%).

Next Post Previous Post