Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 06 JAN 2022
Updated Fri, 07 Jan 2022 10:03:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 3,484 kes (2,705,292 kes kumulatif, 97.4%);
- Kes baharu : 3,543 kes (2,776,699 kes kumulatif);
- Kes import : 364 kes (322 warganegara; 42 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,179 kes [3,047 warganegara (95.8%); 132 bukan warganegara (4.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 253 kes (203 kes disahkan COVID-19; 50 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 130 kes (86 kes disahkan COVID-19; 44 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,150 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,960 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 190 kluster.
Daripada 3,543 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 53 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,490 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W