SEMAKAN SEMULA TATACARA PENGURUSAN JENAZAH ISLAM DAN BUKAN ISLAM YANG DIJANGKITI COVID-19
KENYATAAN MEDIA KKM 29/06/2022 : SEMAKAN SEMULA TATACARA PENGURUSAN JENAZAH ISLAM DAN BUKAN ISLAM YANG DIJANGKITI COVID-19
Tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 telah disemak semula agar ia relevan dengan situasi semasa.
Ia sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021 yang telah bersidang pada 26 Julai 2021.
Jenazah Islam dibenarkan untuk dimandi dan dikapankan dengan mengikuti amalan langkah berjaga-jaga seperti dikongsikan.
KKM tidak menetapkan:
▶️ jumlah waris yang boleh terlibat dalam proses pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE yang bersesuaian;
▶️ jumlah kehadiran untuk menyaksikan proses pengebumian jenazah tetapi digalakkan memakai pelitup muka dan elakkan dari bersesak-sesak.