Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 08 JAN 2022
Updated Sun, 09 Jan 2022 14:14:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 3,161 kes (2,711,900 kes kumulatif, 97.4%);
- Kes baharu : 3,251 kes (2,783,331 kes kumulatif);
- Kes import : 299 kes (265 warganegara; 34 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,952 kes [2,837 warganegara (96.1%); 115 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 243 kes (211 kes disahkan COVID-19; 32 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 113 kes (77 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,158 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 2 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,982 kluster;
- Jumlah kluster aktif : 176 kluster.
Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 58 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,193 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W