Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 02 NOV 2021
Updated Wed, 03 Nov 2021 9:48:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,372 kes (2,385,432 kes kumulatif, 96.1%);
- Kes baharu : 5,071 kes (2,481,339 kes kumulatif);
- Kes import : 15 kes (12 warganegara; 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 5,056 kes [4,815 warganegara (95.2%); 241 bukan warganegara (4.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 557 kes (498 kes disahkan COVID-19 ; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 300 kes (207 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,781 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,377 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 404 kluster.
Daripada 5,071 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 121 kes (2.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,950 kes (97.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W