DUA BELAS (12) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (29/04/2021)
Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER BUKIT ROTAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, dan Klang di Selangor serta daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-387591) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Bukit Rotan, Kuala Selangor pada 16 April 2021. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER SILENG DAYAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lundu dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-383527) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sileng Dayak, Lundu. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 1,740 individu telah disaring, di mana 72 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER KAMPUNG PEMANOK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-384454) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pemanok, Machang. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER RAUB JAYA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Raub, Lipis, dan Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 387502) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Raub Jaya, Raub. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 54 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER TABUAN JAYA
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuching, Serian, dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372265) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Tabuan Jaya, Kuching. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER BATU LADA
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Krai dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-384144) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Batu Lada, Kuala Krai. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394000) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 279 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER JALAN RP TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan RP 3, Kawasan Industri Rawang Perdana, Gombak. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 46 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER JALAN TIGA BELAS – TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 13/3, Seksyen 13, Petaling Jaya. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 164 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER JALAN ADIKA RAJA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Perak di Perak dan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398301) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Adika Raja, Pengkalan Hulu, Hulu Perak. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 88 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER KAMPUNG PARIT BUNGA
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-396745) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Parit Bunga Raya Hujung, Bukit Gambir, Tangkak. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER JALAN POKOK ASSAM
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 376714) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pokok Assam, Taiping. Sehingga 29 April 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.