COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (01/11/2020)

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER USAHA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30697) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 1 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
  • Lima (5) individu dikesan negatif; dan
  • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER TEMBAGA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29359) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) pada 28 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 1 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 13 individu dikesan negatif; dan
  • 49 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post