UPDATE KES POSITIF COVID-19 BAGI NEGERI PERLIS 4 OGOS 2021
Perlis kini ZON MERAH
Penduduk Perlis dinasihatkan agar terus berwaspada dan jangan alpa, khususnya apabila berada bersama individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan yang tinggi kes COVID-19.
Semua individu yang pulang dari luar Perlis diminta untuk KUARANTIN KENDIRI selama 14 hari .
Tingkatkan KAWALAN KENDIRI .
Terus mengamalkan SOP walau di mana berada.
Jangan lupa SEMAK TARIKH TEMUJANJI penerimaan vaksin covid-19 melalui MySejahtera ya.
9 KES JANGKITAN TEMPATAN
2 KES IMPORT B
Kes 742 dan kes 743 Mukim Oran
Jangkitan tempatan
Kes dikesan melalui saringan kontak rapat kepada ahli keluarga yang pulang ke Perlis dari Kuala Lumpur dan Taping, Perak.
Kes 742 berada pada kategori 3 COVID-19 manakala kes 743 berada pada kategori 4 COVID-19.
Kes 744 Mukim Sanglang
Jangkitan tempatan
Kes dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu ahli keluarga (kakak ipar) di Kodiang, Kedah yang datang berjumpa beliau di Perlis.
Kes berada pada kategori 2 COVID-19 .
Kes 745 Mukim Sanglang
Jangkitan tempatan
Kes dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes 744 (ibu) yang dikesan melalui saringan kontak rapat kepada ahli keluarga yang positif COVID-19 di Kodiang,Kedah.
Kes berada pada kategori 2 COVID-19 .
Kes 746 Mukim Sanglang
Jangkitan tempatan
Kes dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes 744 (ibu saudara) yang dikesan melalui saringan kontak rapat kepada ahli keluarga yang positif COVID-19 di Kodiang,Kedah.
Kes pada kategori 3 COVID-19 .
Kes 747 Mukim Kayang
Import B
Kes dikesan melalui saringan individu disyaki COVID-19. Beliau berulang alik dari rumah di Perlis ke tempat kerja di Kuala Sanglang,Kedah setiap hari.
Kes berada pada kategori 2 COVID-19 .
Kes 748 Mukim Kuala Perlis
Jangkitan tempatan
Kes dikesan melalui saringan individu disyaki COVID-19.
Kes berada pada kategori 2 COVID-19 .
Punca jangkitan masih dalam siasatan.
Kes 749 dan kes 750 Mukim Kuala Perlis
Jangkitan tempatan
Kes merupakan anak dan ibu yang dikesan melalui saringan individu bergejala.
Kedua-dua kes merupakan kes tempatan.
Kedua-dua kes berada pada kategori 4 COVID-19.
Punca jangkitan masih dalam siasatan.
Kes 751 Mukim Oran
Import B
Kes dikesan melalui saringan individu disyaki COVID-19 dan mempunyai sejarah kembali ke Sabah kerana urusan keluarga dan tiba di Perlis pada 1/8/2021.
Kes berada pada kategori 1 COVID-19 .
Kes 751 Mulim Paya
Jangkitan tempatan
Kes dikesan melalui saringan kontak rapat kes 680(rakan sekerja) yang mendapat jangkitan daripada rakan sekerja yang lain.
Kes berada pada kategori 2 COVID-19.
CPRC JKN Perlis
4/8/2021