LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (16/03/2021)
Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN KAMPUNG HILIR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320720) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Jalan Kampung Hilir, Sibu. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER NANGA BULO
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316155) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Nanga Bulo, Julau. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER BANGGOL CHICHA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas, Kota Bharu, dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322319) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN SANYAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-307621) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Sanyan, Sibu. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana kesemuanya dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER JALAN TAIPING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317235) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berhampiran Jalan Taiping, Titiwangsa. Sehingga 16 Mac 2021, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.