LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (21/03/2021)
Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN PERMAS BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323126) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Permas 9/6, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor Bahru. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN GEMILANG TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330895) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang Tiga, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 53 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER TAPAK BINA JALAN YOU CITY
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan You City, Batu 9, Cheras. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 234 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER BUKIT TAMBUN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321966 dan kes ke-321971) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bukit Tambun, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 348 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER D GANA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328840) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Dalit Gana, Keningau. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.