COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER INDUSTRI KAMPUNG BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar tiga (3) buah kilang yang terletak di Kampung Baru, Sungai Buloh. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 167 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN BANTING-KLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Banting-Klang, Telok Panglima Garang Industrial Estate, Kuala Langat. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER GUDANG SALAK TINGGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 455 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN KUALA SELANGOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-235115) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini sebuah sekolah di Kampung Tanjong Karang, Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, Kuala Selangor. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER LINGKARAN CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya yang terletak di Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, Sepang. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN CHESTER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-220570) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Chester, Tawau. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Sungai Besi. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN TUN MUTALIB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutalib, Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN ISTIMEWA TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221799) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER JALAN BAYU SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Bayu Satu, Bandar Seri Alam, Masai. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER GONG NERING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231456) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan yang terletak di Kampung Gong Nering, Besut. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER JALAN KUBUR DARAU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-198177) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial kes indeks di Jalan Kubur Darau dan Kampung Raja, Besut. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post