TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (23/10/2020)
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1) KLUSTER SAMUDERA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22612) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah lapan (8) individu telah disaring, di mana:
- Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu).
2) KLUSTER PALMA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20399) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana:
- 13 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); dan
- 88 individu masih menunggu keputusan.
3) KLUSTER JAYA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana:
- Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
- 39 individu masih menunggu keputusan.