ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (22/10/2020)
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1) KLUSTER TINUSA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12844) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 586 individu telah disaring, di mana:
- 33 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
- 486 individu negatif; dan
- 67 individu masih menunggu keputusan.
2) KLUSTER SAUH
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Papar di negeri Sabah serta daerah Miri di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16540 dan kes ke-17508) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 13 Oktober 2020. Kes ke-16540 telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan kes ke-17508 telah dimasukkan ke Hospital Miri, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lagi 15 kes positif COVID-19.
Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana:
- 17 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
- 132 individu negatif.
3) KLUSTER JAMBU
Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19367) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana:
- 15 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
- 124 masih menunggu keputusan.
4) KLUSTER SOFI
Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22198) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana:
- 34 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
- 11 individu negatif; dan
- 115 masih menunggu keputusan.
5) KLUSTER BAH MUTIARA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor serta daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di WP Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10507) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 September 2020. Kes juga mempunyai sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana:
- 10 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
- 86 individu masih menunggu keputusan.
6) KLUSTER UMBOO
Kluster baharu ini melibatkan daerah Alor Gajah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21322) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tiga (3) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 373 individu telah disaring, di mana:
- Empat (4) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
- 218 individu negatif; dan
- 151 individu masih menunggu keputusan.