COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 16 FEB 2022

/ harian

Updated Thu, 17 Feb 2022 15:10:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 7,912 kes (2,876,450 kes kumulatif, 92.5%)
  • Kes baharu : 27,831 (3,111,514 kes kumulatif);
  • Kes import : 118 kes [60 warganegara (50.8%); 58 bukan warganegara (49.%)];
  • Kes tempatan : 27,713 kes [27,049 warganegara (97.6%); 664 bukan warganegara (2.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 204 kes (105 kes disahkan COVID-19; 99 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 116 kes (53 kes disahkan COVID-19; 63 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster : 6,657 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :28 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,190 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 467 kluster.

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 27,831 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 97 kes (0.35 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

  • 27,734 kes (99.65 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

  • Kategori 1 : 7,606 kes (27.33%)

  • Kategori 2 : 20,128 kes (72.32%)

  • Kategori 3 : 59 kes (0.21%)

  • Kategori 4 : 28 kes (0.10%)

  • Kategori 5 : 10 kes (0.04%)

Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan:

  • 24 kes (24.7%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 51 kes (52.8%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
  • 5 (8.9%) kes adalah kes ibu mengandung
  • 39 kes (40.2%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 31 (63.3%) kes mempunyai penyakit komorbid; dan
  • 6 (6.2%) kes telah meninggal dunia

Dimaklumkan bahawa meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah, (e.g hari ini 99.65% kes dilaporkan kategori 1 & 2 semasa diagnosa) namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi (atau sebaliknya) lalu dimasukkan ke PKRC/hospital.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post