Pertambahan Kes Bagi KLUSTER TAWAR, KLUSTER BUNGA DAN KLUSTER TELAGA
Ingin dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes bagi tiga (3) buah kluster lagi iaitu Kluster Tawar, Kluster Bunga dan Kluster Telaga.
- KLUSTER TAWAR
Terdapat tiga (3) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, dua (2) kes tersebut dikesan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran. Justeru, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 78 kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 18,164 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
Kedah (17,619 disaring):
- 67 kes dikesan positif COVID-19;
- 17,415 individu negatif; dan
- 137 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (kekal 534 saringan):
11 kes dikesan positif COVID-19; dan
523 individu negatif.
Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif.
Tiada saringan baharu di Pulau Pinang dan Perak. Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Amanjaya, Kedah, seramai 12,903 orang telah disaring di tiga (3) zon yang terbabit (iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur). Setakat ini tiga (3) kes positif telah dilaporkan. Manakala 12,867 dilaporkan negatif COVID-19 dan 33 masih menunggu keputusan ujian makmal.
2. KLUSTER BUNGA
Terdapat dua (2) kes baharu dilaporkan bagi kluster ini di Negeri Sembilan, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak enam (6) kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 55 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
Negeri Sembilan (41 disaring):
- Dua (2) kes dikesan positif COVID-19;
- 34 individu negatif; dan
- Lima (5) individu masih menunggu keputusan.
Selangor (10 disaring):
- Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
- Enam (6) individu negatif.
Terengganu (4 disaring):
- Empat (4) individu negatif.
- KLUSTER TELAGA
Terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak tujuh (7) kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,089 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
Kedah (2,083 disaring):
- Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
- 1,401 individu negatif; dan
- 675 individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (6 disaring):
- Satu (1) individu negatif; dan
- Lima (5) individu masih menunggu keputusan.
Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi semua kluster ini masih diteruskan. Situasi terkini kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.