Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 11 APR 2022
Updated Mon, 11 Apr 2022 11:45:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 10 April 2022:
- Kes sembuh: 15,765 kes [4,144,728 kes kumulatif (95.8%)];
- Kes baharu: 8,112 kes (4,325,818 kes kumulatif);
- Kes import: 25 kes [semua warganegara (100.0%)];
- Kes tempatan: 8,087 kes [7,806 warganegara (96.5%); 281 bukan warganegara (3.5%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 174 kes (88 kes disahkan COVID-19; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 110 kes (50 kes disahkan COVID-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 8,112 kes harian yang dilaporkan pada 10 April 2022:
- Kategori 1: 3,772 kes (46.50%);
- Kategori 2: 4,284 kes (52.81%);
- Kategori 3: 29 kes (0.36%);
- Kategori 4: 10 kes (0.12%); dan
- Kategori 5: 17 kes (0.21%).
Daripada 56 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 10 April 2022:
- 17 kes (30.36%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 21 kes (37.50%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 18 kes (32.14%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 33 kes (58.93%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 38 kes (67.86%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,950 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 1;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,820 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 130 kluster.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W