COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 23 JAN 2022

/ harian

Updated Mon, 24 Jan 2022 10:57:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh: 2,814 kes (2,755,933 kes kumulatif, 97.3%)
• Kes baharu : 3,856 kes (2,832,945 kes kumulatif);
• Kes import : 492 kes (378 warganegara; 114 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,364 kes [3,236 warganegara (96.2%); 128 bukan warganegara (3.8%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 143 kes (121 kes disahkan COVID-19; 22 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 53 kes (43 kes disahkan COVID-19; 10 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,306 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,071 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 235 kluster.

Daripada 3,856 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
35 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
3,821 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post